SAN FRANCISCO: Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, kata pihak berkuasa.
Penggerak balas pertama sedang melakukan "penyelamatan aktif" pada Selasa selepas pesawat itu terhempas di kawasan Sungai Tanana di Fairbanks, menurut pegawai tempatan, lapor Xinhua.
Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Alaska, Clint Johnso berkata tidak dapat dipastikan berapa ramai penumpang di dalam Douglas DC-4 itu apabila ia terhempas sekitar 10.30 pagi sebaik selepas berlepas ke arah selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks.
"Kami memaklumi insiden itu membabitkan Doughlas DC-4 di Sungai Tanana berhampiran Jalan Kallenberg," menurut lapangan terbang berkenaan dalam kenyataan. "Pasukan polis Alaska sedang giat mengetuai operasi menyelamat dan kami bekerjasama dengan mereka."
Seorang jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Fairbanks menggesa orang ramai agar mengelak daripada melalui kawasan itu.
Pasukan polis Alaska turut dibantu oleh agensi tempatan, negeri dan persekutuan.
Seorang saksi berkata dia mendengar letupan yang kuat dan melihat sebuah pesawat di udara dengan enjin terbakar, menurut laporan Anchorage Daily News.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Penggerak balas pertama melakukan "penyelamatan aktif" pada Selasa selepas pesawat itu terhempas di kawasan Sungai Tanana di Fairbanks. - Foto AP
Kes seleweng dana RM1.2 bilion: 2 pegawai kanan badan berkanun direman
Dua pegawai kanan badan berkanun ditahan SPRM kerana disyaki menyalah guna kuasa dan menyeleweng dana daripada Kementerian Kewangan berjumlah RM1.2 bilion.
Lantikan semula Azam Baki: PM Anwar ada beberapa pertimbangan - Fahmi
Perdana Menteri sudah membuat beberapa pertimbangan sebelum memutuskan mengenai pelantikan semula Tan Sri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Nenek 75 tahun, tiga lelaki didakwa miliki, edar dadah
Seorang wanita warga emas dan tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki dan mengedar dadah awal bulan ini.
Korban banjir lahar dingin di Indonesia terus meningkat, 35 masih hilang
Angka kematian akibat banjir lahar dingin di wilayah Sumatera Barat di Indonesia telah meningkat kepada 58 orang.
Lelaki ditahan kerana tolak 2 individu ke landasan kereta api di Jepun
Seorang lelaki telah ditahan pada Rabu kerana didakwa menolak dua orang ke landasan kereta api di sebuah stesen di Kawasaki yang berhampiran dengan Tokyo.
Konsortium diteraju Khazanah dan KWSP tiada rancangan berhentikan pekerja MAHB
Kosnosrtium diterajui Khazanah dan KWSP mengesahkan tidak ada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan MAHB syarikat persendirian.
Niaga AWANI: Kadar inflasi di Argentina melonjak hampir 290 peratus
Kadar inflasi tahunan di Argentina meningkat kepada 289.4 peratus harga di negara tersebut meningkat 8.8 peratus pada April.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Rumah bawah RM300 ribu paling banyak dilancar pada suku pertama
Harga kediaman baharu di bawah RM300 ribu catat peningkatan pada suku pertama 2024 apabila merekodkan jumlah paling banyak dilancarkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Syarikat gergasi EV dari China lancar model baharu di Mexico
Pengeluar kenderaan jenama BYD dari China berkata, syarikat itu tidak pernah mengintai peluang memperluaskan pasarannya ke Amerika Syarikat. Ia dibuktikan apabila syarikat itu melancarkan Shark, sebuah trak pikap elektrik hibrid bersaiz sederhana, di Mexico.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Rusia sasar untuk jadi antara empat ekonomi terbesar dunia - Putin
Matlamat itu ditekankan Putin dalam ucapannya di Perhimpunan Persekutuan Rusia pada Februari 2024.
Polis serah siasatan pesawat terhempas di Sungkai kepada CAAM
Setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.
Pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim sedang jalani latihan penerbangan - Polis
Pesawat ringan yang terhempas di sebuah ladang dekat Felda Gunung Besout 2, Sungkai di Tanjung Malim pada Sabtu dilaporkan sedang menjalani latihan penerbangan.
CAAM sahkan pesawat ringan terhempas di Tanjung Malim
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat Cessna 172N Skyhawk erhempas di Felda Gunung Besout, Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
Pesawat ringan terhempas: Jurulatih, pelatih penerbangan terselamat - Bomba Perak
Kedua-dua mangsa yang selamat itu, Kapten Shahrul Imran, 26, mengalami patah paha kiri manakala pelatih tersebut pula, Le Ho Jia, 20, cedera di muka.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Berat pesawat terhempas di Klang melebihi had maksimum berlepas - BSKU
Pesawat yang terhempas di Kapar, Klang pada 13 Februari lalu, didapati mempunyai berat melebihi had berat maksimum ketika berlepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lima maut pesawat terhempas di Virginia
Empat dewasa dan seorang kanak-kanak dilapor meninggal dunia dalam nahas pesawat itu.
Pasukan SAR Indonesia giat cari pesawat hilang di Kalimantan Utara
Pihak berkuasa Indonesia pada Sabtu sedang mempergiatkan usaha mencari sebuah pesawat Pilatus yang hilang di Kalimantan Utara ketika membawa barangan keperluan.
Jasad mangsa nahas pesawat terhempas di Klang selamat disemadikan
Jasad juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang Roshaan Singh Raina, 43, yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar pada Selasa lepas, selamat disemadikan.